Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja. Kerja ini hanya untuk mengisi masa cuti yang cuma tinggal lebih kurang tiga minggu lagi sebelum aku melanjutkan pelajaranku kembali. Bukan itu sahaja, aku bekerja ini sebenarnya untuk mencari pengalaman yang baru.
Siapa tak suka kalau dapat kerja dalam bidang yang kita minat. Ya, sudah lama aku ingin bekerja sambilan dalam bidang ini dan Alhamdulillah dengan bantuan kawan abah aku sendiri, aku sekarang membantu isterinya di sebuah kedai Baking Ingredients.
Namanya saja Baking Ingredients tapi dia turut mengambil tempahan kek cawan dan kek.
Daripada jenis bahan, cara 'packing' sehinggalah siap sebiji kek beserta decorationnya aku diajar.
Alhamdulillah walaupun agak penat tetapi aku gembira dan inshaAllah berbaloi.
P/s A lil bit 'skema' ayat harini
No comments:
Post a Comment