Friday, May 31, 2013

Saya dan kita semua

Biar murah
Asal menutup aurat

Biar tak secantik orang lain
Asal cantik disisi Allah

Kalau mahal tapi terdedah sana sini, apa yang kita dapat?

Jangan terlalu ikutkan fesyen sehinggakan lupa bahagian mana yang dikira aurat.

Biarlah bersederhana hidup ini kerana semuanya tidak akan kekal. Ya, tiada yang kekal di dunia ini.

Aurat, bukan senang untuk dijaga, bukan senang untuk ditutup dengan rapi jika kita terlalu mudah terpengaruh dengan fesyen zaman kini.

Banyak yang mengatakan 'Fesyen Muslimah' tapi kenapa mesti bersanggul dikepala? Kenapa mesti singkat didada? Inikah yang dikatakan fesyen muslimah itu?

Duduk, renung, lihat dan fikir.

Sama-sama kita muhasabah.
Sama-sama kita perbaiki.

Betulkan nawaitu, kita menutup aurat Lillahita'ala kerana Allah yang Satu InshaAllah Dia yang Maha Memdengar akan membantu  :)

Saturday, May 18, 2013

Hari Pertama

Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja. Kerja ini hanya untuk mengisi masa cuti yang cuma tinggal lebih kurang tiga minggu lagi sebelum aku melanjutkan pelajaranku kembali. Bukan itu sahaja, aku bekerja ini sebenarnya untuk mencari pengalaman yang baru.

Siapa tak suka kalau dapat kerja dalam bidang yang kita minat. Ya, sudah lama aku ingin bekerja sambilan dalam bidang ini dan Alhamdulillah dengan bantuan kawan abah aku sendiri, aku sekarang membantu isterinya di sebuah kedai Baking Ingredients.

Namanya saja Baking Ingredients tapi dia turut mengambil tempahan kek cawan dan kek.

Daripada jenis bahan, cara 'packing' sehinggalah siap sebiji kek beserta decorationnya aku diajar.

Alhamdulillah walaupun agak penat tetapi aku gembira dan inshaAllah berbaloi.

P/s A lil bit 'skema' ayat harini

Thursday, May 9, 2013

Make yourself prepared, man

It's 02:54am already. I am still here, laying on the bed with the phone in my hand. I can't sleep. Every night the same thing will happen to me. I am scared to close my eyes. I am scared to sleep. I am scared. What if I won't be able to open my eyes anymore? What if I won't be able to see this beautiful world anymore? Allahurobbi I am not yet prepared. Not at all. To face You The Almighty, I am not ready yet. There are still a lot more things to be fixed. But I know You will help me and You will always stand by me right. Ya Allah Ya Rabb, keep me on the right track. I need Your help. All I need is You Who is The Most Gracious and The Most Merciful.

Wednesday, May 8, 2013

Begin Again

Have been deleted all those previous posts and In Sha Allah I will start to write again.